TENTANG KAMI

Siapa Kami?
Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan UM atau lebih dikenali sebagai PERMANIS UM merupakan sebuah persatuan anak negeri yang berdaftar di bawah Hal Ehwal Pelajar (HEP & ALUMNI UM).

Walaupun begitu, PERMANIS UM tidak mengehadkan penyertaan hanya kepada anak Negeri Sembilan sahaja. PERMANIS UM turut menerima mahasiswa dari mana-mana negeri untuk turut serta di dalam persatuan ini asalkan mereka dapat memberi komitmen dan berkeinginan untuk menjadi modal insan yang berketerampilan dari segala aspek.


Objektif PERMANIS UM


1. PERMANIS berjiwa besar dalam menganjurkan program-program berbentuk kebajikan dan menyumbang kepada pembangunan insaniah terutamanya bagi generasi muda Negeri Sembilan.

2. PERMANIS komited dalam usaha menjana mahasiswa yang berkepimpinan dan berfikiran jauh kehadapan mendepani isu-isu semasa melalui pelbagai program yang dirancang.

3. PERMANIS sebagai platform untuk melatih kemahiran berorganisasi dalam kalangan mahasiswa disamping penerapan gaya kerja dan hidup yang sihat.

4. PERMANIS juga sebagai medium untuk mengeratkan silaturahim antara ahli yang secara tidak langsung mendidik sifat untuk kenal mengenali antara satu sama lain.

5. PERMANIS juga menyediakan pelbagai aktiviti dan program yang menggalakkan mahasiswa agar sentiasa terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan berorientasikan kebajikan.

No comments:

Post a Comment