Friday 1 March 2013

Apo Kono Eh Jang idea Stellar


MENJANGKAU jumlah tontonan terkini 2.79 juta di laman sosial YouTube, lagu Apo Kono Eh Jang ternyata mencipta fenomena sendiri di Malaysia.

Kelainan lagu yang telah mengungguli carta di beberapa stesen radio tempatan selain menampilkan irama moden yang berbeza daripada versi asal dendangan Ally Noor dan Mastura, lagu itu sebenarnya mengambil masa lebih setahun untuk disiapkan sepenuhnya.

"Nampak mudah tapi sebenarnya untuk mengadunkan bunyi-bunyi moden bersifat urban rock dan diselarikan dengan citarasa semasa bukan senang. Lagu itu mula melalui proses prarakaman pada tahun 2010 lagi hingga akhirnya disiapkan pada tahun lalu sebelum meletus," kata pengasas kumpulan Stellar, Badrul Hisham Abdullah (gitaris) atau mesra dipanggil Bad.

Hakikat bahawa populariti kumpulan yang terdiri daripada empat anak muda antara lainnya Mohd. Helmi Abdul Rahim (vokalis), Mohd. Herwan Sairon (bass) dan Mohd. Azrul Hayat Ismail (drum) tidak sehebat kejayaan lagu Apo Kono Eh Jang diakui mereka.

Tumpang populariti

Menurut Bad, dia percaya akan kekuatan lagu itu yang ternyata menarik didengari dan senang masuk ke dalam jiwa peminat, namun populariti kumpulannya bukan prioriti sementelah kemasyhuran itu datang sepantas kilat.

"Keutamaan kami adalah lagu bukannya latar belakang kami. Apabila orang mengenali lagu dan muzik itu popular, dengan sendirinya orang akan mula mengenali kami.

"Formula ini kami akan praktikkan untuk lagu-lagu seterusnya dan berani mencuba sesuatu yang baharu," katanya yang juga muncul dengan lagu rakyat negeri Perak, Wan Lebur bersama Usop Wilcha.

Ditanya adakah mereka menumpang populariti Datuk AC Mizal dan Fida apabila lagu Apo Kono Eh Jang turut melibatkan kolaborasi kedua-dua selebriti itu, kata Badrul, mereka mempunyai agenda sendiri.
"Masing-masing ada perancangan karier termasuk AC Mizal dan Fida. Mereka pun ada strategi tersendiri selepas lagu ini popular begitu juga kami.

"Lagipun, lagu ini pada mulanya kami yang gubah dan idea asal datang daripada Stellar. Kami setuju untuk membuang rasa ego untuk berkolaborasi dengan AC Mizal dan Fida, malah kami juga pernah membuat persembahan tanpa mereka berdua, jadi tiada isu tumpang populariti sesiapa," ujarnya.

Kolaborasi bersama AC dan Fida adalah cetusan idea oleh Sheikh Qalam Records Sdn. Bhd. dan ledakan populariti lagu Apo Kono Eh Jang menjadi bonus apabila kedua-dua penyanyi itu berasal dari Negeri Sembilan.

Rap minang

Antara faktor Apo Kono Eh Jang menjadi popular kerana keunikan lirik rap dialek Minang oleh AC. Kata Bad lagi, selain lirik yang menyampaikan mesej mendalam dan bermakna, rap minang itu juga merupakan pembaharuan dalam dunia seni suara.

"Lagu itu jadi sedap kerana rap Minang, tidak dinafikan kolaborasi bersama AC Mizal menjadi. Biarpun lirik dialek Minang itu sukar difahami, ia tidak menjadi halangan untuk lagu itu terus berkembang," jelasnya.

Sementara itu, Bad turut menjawab dakwaan bahawa lagu itu mengandungi lirik berbaur lucah dan kasar sekali gus dilihat suatu percubaan untuk melacurkan bahasa serta menyampaikan mesej tidak sihat.

"Memang pada mulanya kami khuatir lagu ini akan diharamkan tapi itulah yang dikatakan lagu rakyat dan kerisauan sentimen bahasa itu memang tidak diragui.

"Saya rasa populariti telah mengatasi masalah itu dan perkataan yang digunakan bukan bahasa yang kasar dan lucah. Telanjang contohnya lebih sopan berbanding bogel.

"Bahasa negeri yang dirapkan bukan menjadi satu isu untuk diperdebatkan kerana itu keunikan dan promosi tidak langsung Negeri Sembilan kepada orang luar," hurainya.

Stellar ditubuhkan selepas kumpulan The Muffins terkubur pada tahun 2008. Kumpulan itu pernah menerbitkan sebuah album EP berjudul Cinta Hingga Ke Hujung Galaksi pada tahun 2009 dan sebuah album penuh Kisah Bintang Pecinta (2010).

Kini, mereka dalam proses untuk merakamkan semula lagu hit Wings, Peronda Jaket Biru serta sebuah single daripada album EP, Cinta Hingga Hujung Galaksi. - KHAIRUL AMRI HASSAN

Saturday 16 February 2013

Selamat kembali ke Kampus.

 
Semester kedua untuk tahun 2013 hampir bermula. Adakah anda semua sudah bersedia dari segi mental dan fizikal. Jangkamasa semester kali ini lebih pendek bermakna kita harus bersedia mengatur masa dengan sebaiknya. Ingat bahawa kita datang ke UM ini membawa harapan ibu ayah yang inginkan anak-anak mereka berjaya. Oleh itu pergunakan masa sebaiknya untuk menuntut ilmu di sini.

Walau bagainamanapun, belajar, belajar juga. Jangan lupa untuk mengisi masa terluang dengan aktiviti bermanfaat. Permanis UM kali ini bakal mengadakan aktiviti yang sangat menarik untuk disertai. Jadi, jangan lupa untuk update sebarang program bersama Permanis UM melalui FanPage atau GroupPage kami. :D

Wednesday 13 February 2013

Friday 8 February 2013

[Program] MARI BERKHATAN 2012 (MARHATAN 2.0)



Banner MARHATAN


TARIKH      24 & 25 November 2012

TEMPAT      Kota, Negeri Sembilan.

PERASMI    Dato’ Dr Haji Awaludin bin Said
                    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota
                    Kota, Neger Sembilan

BILANGAN PESERTA: 22 orang


MARHATAN 2.0 adalah program kedua selepas Marhatan 2011 yang diadakan di SK Rantau pada sesi lepas. Jika Marhatan pertama diadakan di sekolah dan melibatkan murid-murid serta guru sekolah tersebut, MARHATAN 2,0 pula diadakan di Masjid Kota dengan kerjasama pihak masjid dan pihak ADUN Kota.

Pada 24 November 2012, rombongan dari UM selamat tiba. Kami berkumpul di masjid dan menikmati nasi lemak yang disediakan. Selepas makan, kami beramah mesra dengan ibu dan bapa angkat sebelum dibahagikan mengikut ibu bapa angkat masing-masing.

Menikmati nasi lemak.

Selepas itu, kami pulang ke rumah masing-masing dan berkumpul semula di masjid untuk makan tengah hari dan melakukan persiapan untuk kenduri pada malam tersebut.


Persiapan kenduri.
Pada petang itu, kami dibawa oleh Cikgu Basri dan Pak Mat ke Gunung Datuk. Walaupun rancangan ke Gunung Datuk tiada dalam perancangan awal, tetapi kami sungguh bertuah kerana Cikgu Basri dan Pak Mat sudi membawa kami ke sana.

Bergambar kenang-kenangan di Gunung Datok.

Pada malam itu, kenduri doa selamat diadakan selepas solat Isyak sempena program berkhatan yang diadakan pada keesokan harinya. Sebelum itu, waktu antara Maghrib dan Isyak diisi dengan pengisian oleh saudara Nik Ahmad Farhan daripada UM.

Majlis pada malam itu tamat dan kami melakukan sedikit persiaopan untuk program esok.

Hari kedua.

Seawal 7.30 pagi sudah ada bapa yang mendaftarkan anaknya.  Kira-kira pukul 8.00 pagi, hampir semua peserta khatan tiba bersama keluarga mereka. Dalam pukul 8.30 pagi, majlis perasmian disempurnakan oleh ADUN Kota, Dr Awaluddin. Dikiuti dengan penyampaian cenderamata kepada peserta.

Penyampaian cenderamata oleh ADUN Kota
Kira-kira pukul 9.15 pagi, pihak bomba tiba dan memandikan peserta-peserta khatan. Para peserta begitu seronok dimandikan beramai-ramai.


Peserta khatan bergambar sebelum dimandikan.

Mandi! :D
Kemudian peserta dikhatankan mengikut giliran oleh Dr Roslan dan rakannya. Pelbagai reaksi dipamerkan oleh para peserta.

Tunggu giliran. Lup-dup~
;D





Selepas dikhatankan, peserta beransur khatan beransur pulang,

Sekalung penghargaan terima kasih diucapkan kepada pihak ADUN Kota, pihak Masjid Kota, keluarga-keluarga angkat, peserta khatan dan AJK pelaksana MARHATAN 2.0. Semoga pengalaman ini memberikan pengalaman manis kepada peserta khatan khususynya dan kepada smua yang terlibat amnya.

Akhir kata, segala kekurangan daripada pihak PERMANIS kami mohon ribuan maaf. Semoga hubugan uang dijalin ini akan mendapat manfaat kepada semua pihak. Sekian. Permanis Tetap di Hati~ :D

Petikan akhbar Harian Metro
Untuk album penuh, klik di sini.

Berikut adalah video ucapan Pegawai Bomba dan YB Dr Awaludin.


Video mandi peserta cilik.


Dan berikut adalah antara reaksi peserta yang bersunat yang sempat dirakam oleh kami. Comel-comel mereka ini.


Sekian.

Thursday 7 February 2013

Program Menarik Sepanjang Feb & Mac 2013 (@Majlis Mahasiswa N9)

-copied from Majlis Mahasiswa Negeri Sembilan-

Dimaklumkan program yang telah dirancang oleh mahasiswa Negeri Sembilan untuk bulan Februari dan Mac 2013,

1 / Program Mesra Masyarakat Bersama Mahasiswa Negeri Sembilan

Anjuran : Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Tarikh : 11 Februari 2013
Masa : 8.00 pagi - 6.00 petang
Tempat : Kompleks Belia dan Sukan Paroi
Aktiviti Menarik : Pertandingan Futsal Lelaki dan Wanita

2/ Majlis Amal Mahasiswa Negeri Sembilan

Anjuran : Majlis Mahasiswa Negeri Sembilan (MANIS)
Tarikh : 13 Februari 2013
Masa : 8.00 pagi - 3.00 petang
Tempat : Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), Telik Kemang
Aktiviti Menarik : Penyerahan Sumbangan Kepada Kanak-kanak PDK

3/ Karnival Sehari Bersama Penduduk Tempatan


Anjuran : Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) Dan
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Tarikh : 16 Februari 2013
Masa : 8.00 pagi - 6.00 petang
Tempat : Sekolah Kebangsaan Labu
Aktiviti Menarik : Sukan Rakyat

4/ Kembara Jejak Warisan Negeri Beradat

Anjuran : Universiti Putra Malaysia (UPM)
Universiti Sains Malaysia (USM)
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Tarikh : 22 -24 Februari 2013
Masa : 8.00 pagi - 11.00 malam
Tempat : Kampung Bukit Temiang
Aktiviti Menarik : Kuliah oleh Ustaz Don Danial

5/ Program Kayuhan Putra N9

Anjuran : Universiti Putra Malaysia (UPM)
Tarikh : 13 & 24 Februari 2013
Masa : 8.00 pagi - 6.00 petang
Tempat : UPM- Mantin - Seremban
Aktiviti Menarik : Ceramah Keselamatan Jalanraya

6/ Program Intelek Bersama Pelajar PMR Dan Bakti Siswa

Anjuran : Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Tarikh : 1 Mac 2013
Masa : 8.00 pagi - 10.30 malam
Tempat : Sek Men Keb Dato' Haji Mohd Redza, Sikamat
Aktiviti Menarik : Ceramah Motivasi Pelajar

7/ Karnival Bia Bona


Anjuran : Universiti Sains Malaysia (USM)
Tarikh : 8-10 Mac 2013
Masa : 8.00 pagi - 10.00 malam
Tempat : Dataran Sri Kemang, Port Dickson
Aktiviti Menarik : Khidmat Komuniti Membersih Kawasan Pantai

8/ Program Sehari Bersama Anak Yatim


Anjuran : Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Tarikh : 9 Mac 2013
Masa : 8.00 pagi - 6.00 petang
Tempat : Yayasan Anak-anak Yatim Islam Daerah Port Dickson
Aktiviti Menarik : Ceramah Motivasi dan Sukaneka Bersama Anak Yatim

9/ Program Sehari Bersama Mahasiswa Negeri Sembilan (SMS)

Anjuran : Universiti Sains Islam Malaysia
Tarikh : 9 Mac 2013
Masa : 8.00 pagi - 10.00 malam
Tempat : Nilai
Aktiviti Menarik : Kuliah Maghrib oleh Ustaz Don Daniel

10/ Program Karnival Gaya Hidup Sihat 2013

Anjuran : Universiti Malaya (UM)
Tarikh : 15 - 17 Mac 2013
Masa : 8.00 pagi - 10.00 malam
Tempat : Kompleks Belia dan Sukan Paroi
Aktiviti Menarik : Pertandingan Futsal Lelaki dan Wanita Dan Faorum Kesihatan

11/ Program Kenduri Rakyat

Anjuran : Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)
Tarikh : 23 & 24 Mac 2013
Masa : 8.00 pagi - 10.00 malam
Tempat : Padang Daerah Jelebu
Aktiviti Menarik : Ceramah oleh Ustaz Azhar Idrus

12/ SUKNES

Anjuran : Majlis Mahasiswa Negeri Sembilan (MANIS)
Tarikh : 22 & 24 Mac 2013
Masa : 8.00 pagi - 10.00 malam
Tempat : Kompleks Belia Dan Sukan
Aktiviti Menarik : Acara Sukan Anak Negeri Sembilan IPTA

Sudahkah anda bersedia?


Tinggal 10 hari saja lagi sebelum Sem baru bermula. Adakah anda semua selaku mahasiswa sudah bersedia?  Jangkamasa semester dua lebih pendek berbanding semester 1 dan ini bermakna masa lebih singkat untuk apa jua aktiviti samada belajar atau pun program-program lain. Oleh itu, rancanglah masa anda dengan sebaiknya dengan mengikuti program-program yang bagik bagi mengisi masa lapang anda.

Permanis UM akan turut mengadakan program-program yang menarik sejurus bermula sahaja semester dua ini. Jadi, jangan lupa untuk update bersama kami!

Saturday 26 January 2013

SELAMAT BER'RETREAT'


Program Retreat Majlis Tertinggi Mahasiswa Negeri Sembilan

Tarikh : 25 - 28 Januari 2013
Tempat : Pulau Pangkor


Pihak Majlis Tertnggi Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan Universiti Malaya telah menghantar seramai 5 orang wakil iaitu :

Syazwan B. Abdullah
Nurul Nazireen Bt. Khazali
Ahmad Nazrin Bt. Amer Haider Anuar
Nurhidayah Bt. Md Nasir
Munirah Bt. Dzulkifly
Mohd Azri B. Mazalan

Semoga wakil-wakil yang dihantar ini akan pulang dengan membawa sesuatu manfaat yang berguna untuk pengurusan serta perancangan aktiviti PERMANIS UM di masa akan datang.