Friday 8 February 2013

[Program] MARI BERKHATAN 2012 (MARHATAN 2.0)



Banner MARHATAN


TARIKH      24 & 25 November 2012

TEMPAT      Kota, Negeri Sembilan.

PERASMI    Dato’ Dr Haji Awaludin bin Said
                    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota
                    Kota, Neger Sembilan

BILANGAN PESERTA: 22 orang


MARHATAN 2.0 adalah program kedua selepas Marhatan 2011 yang diadakan di SK Rantau pada sesi lepas. Jika Marhatan pertama diadakan di sekolah dan melibatkan murid-murid serta guru sekolah tersebut, MARHATAN 2,0 pula diadakan di Masjid Kota dengan kerjasama pihak masjid dan pihak ADUN Kota.

Pada 24 November 2012, rombongan dari UM selamat tiba. Kami berkumpul di masjid dan menikmati nasi lemak yang disediakan. Selepas makan, kami beramah mesra dengan ibu dan bapa angkat sebelum dibahagikan mengikut ibu bapa angkat masing-masing.

Menikmati nasi lemak.

Selepas itu, kami pulang ke rumah masing-masing dan berkumpul semula di masjid untuk makan tengah hari dan melakukan persiapan untuk kenduri pada malam tersebut.


Persiapan kenduri.
Pada petang itu, kami dibawa oleh Cikgu Basri dan Pak Mat ke Gunung Datuk. Walaupun rancangan ke Gunung Datuk tiada dalam perancangan awal, tetapi kami sungguh bertuah kerana Cikgu Basri dan Pak Mat sudi membawa kami ke sana.

Bergambar kenang-kenangan di Gunung Datok.

Pada malam itu, kenduri doa selamat diadakan selepas solat Isyak sempena program berkhatan yang diadakan pada keesokan harinya. Sebelum itu, waktu antara Maghrib dan Isyak diisi dengan pengisian oleh saudara Nik Ahmad Farhan daripada UM.

Majlis pada malam itu tamat dan kami melakukan sedikit persiaopan untuk program esok.

Hari kedua.

Seawal 7.30 pagi sudah ada bapa yang mendaftarkan anaknya.  Kira-kira pukul 8.00 pagi, hampir semua peserta khatan tiba bersama keluarga mereka. Dalam pukul 8.30 pagi, majlis perasmian disempurnakan oleh ADUN Kota, Dr Awaluddin. Dikiuti dengan penyampaian cenderamata kepada peserta.

Penyampaian cenderamata oleh ADUN Kota
Kira-kira pukul 9.15 pagi, pihak bomba tiba dan memandikan peserta-peserta khatan. Para peserta begitu seronok dimandikan beramai-ramai.


Peserta khatan bergambar sebelum dimandikan.

Mandi! :D
Kemudian peserta dikhatankan mengikut giliran oleh Dr Roslan dan rakannya. Pelbagai reaksi dipamerkan oleh para peserta.

Tunggu giliran. Lup-dup~
;D





Selepas dikhatankan, peserta beransur khatan beransur pulang,

Sekalung penghargaan terima kasih diucapkan kepada pihak ADUN Kota, pihak Masjid Kota, keluarga-keluarga angkat, peserta khatan dan AJK pelaksana MARHATAN 2.0. Semoga pengalaman ini memberikan pengalaman manis kepada peserta khatan khususynya dan kepada smua yang terlibat amnya.

Akhir kata, segala kekurangan daripada pihak PERMANIS kami mohon ribuan maaf. Semoga hubugan uang dijalin ini akan mendapat manfaat kepada semua pihak. Sekian. Permanis Tetap di Hati~ :D

Petikan akhbar Harian Metro
Untuk album penuh, klik di sini.

Berikut adalah video ucapan Pegawai Bomba dan YB Dr Awaludin.


Video mandi peserta cilik.


Dan berikut adalah antara reaksi peserta yang bersunat yang sempat dirakam oleh kami. Comel-comel mereka ini.


Sekian.

No comments:

Post a Comment